Tuesday 23 June 2015

PELARIAN ROHINGYA

         
          Baru-baru ini terdapat laporan mengenai kebanjiran 5,000 hingga 6,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Bangladesh dan Myanmar yang terkandas di Selat Melaka dan perairan antarabangsa.
Kebanyakan mereka tiada arah tujuan berikutan kawalan ketat pihak berkuasa Malaysia, Thailand dan Indonesia.

           Lebih 1,000 PATI warga Myanmar dan Bangladesh bertindak terjun ke dalam laut selepas dua bot pukat ikan bilis yang dinaiki mereka tersangkut di beting berhampiran Pantai Pasir berdengung, dekat Langkawi. Di Indonesia pula, pihak berkuasa tempatan di Aceh menahan 600 PATI yang cuba memasuki negara itu.

           Media turut melaporkan kebimbangan penduduk tempatan, khususnya di Langkawi, yang risau tentang keselamatan mereka dengan ketibaan PATI ini.



          Namun dalam kalangan mereka ini wujud kumpulan etnik Rohingya di mana masyarakat ini dilihat sanggup bersabung nyawa meredah lautan dan meninggalkan tanah air mereka untuk mencari perlindungan serta kehidupan yang lebih baik.


          Kita harus jelas di sini bahawa etnik Rohingya bukanlah pendatang asing yang seperti diklasifikasikan di sini. Mereka dalam golongan pelarian. Rohingya merupakan sebuah kumpulan etnik yang majoritinya beragama Islam. Mereka tinggal di negeri Rakhine – sebelum ini dikenali sebagai Arakan – yang terletak di barat Burma.
           “Rakhine merupakan tanah kami. Itu memang negeri kami. Namun pada tentera Myanmar cuba menghalau kami dari tanah kami. Ini menyebabkan ramai yang lari ke Bangladesh. “Ini dikenali sebagai Operasi Nagamin tentera Myanmar, dimana kezaliman dibuat dan terdapat pencabulan hak-hak asasi kemanusiaan,”kata Presiden Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia Zafar Ahmad Abdul Ghani.


          Tambahnya, Akta Kewarganegaraan 1982 yang digubal tidak mengiktiraf Rohingya sebagai salah satu etnik Myanmar dan tidak mendapat hak kewarganegaraan. Ini menyebabkan mereka dilucutkan dari sosio-ekonomi dan politik negara. Sekarang ini Myanmar mengiktiraf 135 golongan etnik dan etnik Rohingya tidak tersenarai.
           Tanah di Rakhine kaya dengan pertanian, minyak, gas dan sebagainya dan ini merupakan salah satu usaha untuk pihak tentera untuk mengambil tanah mereka. Pada 1988, terdapat sebuah lagi operasi di mana kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas harus menjadi buruh paksa. Terdapat kezaliman lain seperti penangkapan, pembunuhan dan juga rogol.

           Mereka tidak dapat memiliki apa-apa. Pisau untuk potong sayur pun tidak ada. Kalau mereka didapati mempunyai pisau, mereka akan tahan satu keluarga dan bawa mereka keluar dari kampung itu. Mereka juga perlu tinggal di kem dan tidak mempunyai rumah.


           Oleh kerana kezaliman dan juga proses pembersihan etnik di Myanmar, ramai etnik Rohingya terpaksa meninggalkan tanah mereka. Sekarang terdapat 2 juta etnik Rohingya di Rakhine dan 2.5 juta di luar Rakhine.
 

          Bagaimana mereka mahu hidup di negeri sendiri, kalau pihak kerajaan mahu membunuh mereka? Mereka sudah tiada hak, jadi mereka berfikir bahawa lari sahaja merupakan jalan terbaik.

           Selain Bangladesh, etnik Rohingya turut mencari perlindungan di negara ASEAN seperti Thailand, Indonesia dan Malaysia. Kepada mereka yang lebih bertuah, mereka mendapat pertolongan di negara ketiga seperti Amerika Syarikat. Mereka bukan sahaja lari ke Malaysia, malah mereka berada di mana-mana sahaja. Antaranya di Indonesia, Thailand, Bangladesh, Dubai, Amerika Syarikat dan di mana sahaja asalkan dapat perlindungan.

       




 
/berita-malaysia/fahamilah-kami-sesungguhnya-ingin-pulang-pelarian-rohingya-59899?cp

SIAPA ROHINGYA?

      
          Orang Rohingya kebanyakannya adalah satu kumpulan etnik beragama Islam di utara Negeri Rakhine yang terletak di Barat Burma. Kebanyakan populasi Rohingya tertumpu di dua buah bandar utara Negeri Rakhine (yang dahulunya dikenali sebagai Arakan).

          Sejarah orang Rohingya dikatakan bertarikh dari awal kurun ke-7 di Negeri Arakan yang menjadi penempatan pedagang-pedagang Arab yang beragama Islam, namun bukti sejarah tersebut adalah sedikit.

          Orang Rohingya memiliki persamaan fizikal, bahasa dan budaya dengan orang Asia Selatan, terutamanya orang Benggali. Malahan, sesetengah orang Rohingya yang menetap di Arakan adalah keturunan orang Arab, orang Parsi dan orang Pashtun yang berhijrah ke Arakan semasa era pemerintahan Emrayar Mughal.

           Sultan Mahmood, seorang Rohingya yang kaya dan berpengaruh, merupakan setiausaha politik dalam kerajaan U Nu dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Kesihatan. Orang Islam Rohingya lain dalam kerajaan U Nu yang menjadi setiausaha parlimen antaranya ialah Sultan Ahmed dan Abdul Gaffar. Abdul Bashar, Zohora Begum, Abul Khair, Abdus Sobhan, Rashid Ahmed dan Nasiruddin (U Pho Khine) ialah juga ahli-ahli parlimen dalam kabinet U Nu.





LIRIK LAGU ONE DAY-MAHER ZAIN




Lying here wide awake on my own now 
Silence is the loudest cry 
I'm safe but I've lost everything I've known 
I can smile because the pain has gone 
But cry because it's where i'm from 
God I turn to You to make me strong again 

One day I can reach that rainbow 
Watch the sweet reflection 
Shining off my first home 
I'd give anything to see my family again 
And say how much I love them 
That's all I imagine 
One day 

I wish I could go back tomorrow 
If it's only for just one second 
Put warmth back into a town that's frozen 
I can smile because the pain has gone 
But cry because it's where i'm from 
God I turn to You to make me strong again

One day I can reach that rainbow 
Watch the sweet reflection 
Shining off my first home 
I'd give anything to see my family again 
And say how much I love them 
That's all I imagine 
One day 

I have cried so many times 
And all those tears have washed my eyes 
I see clearly into the light 
'Cause I believe 
I know one day I'll be home again 
To start a new life, with peace everywhere 
Right from the start until the end 
I believe 

That one day I can reach that rainbow 
Watch the sweet reflection 
Shining off my first home 
I'd give anything to see my family again
And say how much I love them 
That's all I imagine 
One day, one day 
I believe that one day 
One day